Makan...makan...makan



Start je cuti C.N.Y, Cik K balik dari opis rasa seronok sgt sbb cuti 4 hari!...(Cik K cuti berpuluh-puluh hari pn x pernah cukup.haha). Otw blk opis lalu dekat satay willy di Sg Ramal Junction, mmg da lama nk mkn satay tu. Mr. F turutkan aje hajat baby (Yeke baby? Haha). X sempat sampai umah da habis dalam keta, nampak benor laparnya.

Malam tu Cik K memang x masak sbb ada kenduri doa selamat jiran MIL sempena Big Day anak dia esok tu. Makan lagi nasi lemak ayam goreng, kuih-kuih, cheese kek. Semua sedap!. Rezekikan siapa sangka. Balik umah memang tido mcm ular sawa kekenyangan.

Esoknya makan lagi kat knduri kawen jiran MIL tu (x masak lg.hehe). Cik K makan nasi dah, nampak laksa plak mmg x bole bangun la selagi x makan, Mr. F p amek semangkuk laksa Kedah. Jiran MIL asal Kedah, masakan pun ala Kedah la. Teringat laksa mak kat umah. Kenyang! Alhamdulillah.

Petang tu juga kami akan blk kg Mr. F. Barang-barang balik kg sume da ready dalam keta, dalam pukul 4pm kami gerak ke Bagan Datoh. Mr. F driver FIL yang setia.hehe.  Decided bawak satu keta jer pasal adik2 sume x nak ikut masing2 ada hal.

Dalam perjalanan MIL cakap nak x cendol bakar? Oh nak..nak…laju jer Cik K. Kami pun singgah, siap ada 2 orang anggota RELA jaga parking sebab tepi jalan raya. Tambah pula, cendol bakar ada Drive-Thru (mmg sng la tp tunggu turn jugak la sbb ramai). Kami amek keputusan makan di situ. Ha taraaaa!!! Yummy2! Cik K tambah rojak sbb sdp sgt tgk cucur udang dia.


sedap x terkata!

completed minum petang.

Sampai Bagan Datoh dalam pukul 9pm sebab jalan jem dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam, Cina yang raya tapi Melayu yg sibuk.hoho.. so x payah tanya nape jem…Cik K dan Mr. F follow saja agenda MIL dan FIL. Malam tu jugak ada knduri tahlil sepupu MIL, so makan lagi.hehe…Cik K punya la sedap makan kari daging. Habis jer makan, baru tau itu daging kambing. Maka, berjogetlah “abg” kt dalam. Sian dia. Cik K apa lagi minum la air putih banyak2.

Kami bermalam di umah adik FIL (ucu Ros) sebab opah tak sihat dan ucu  g amek duduk umah dia. Esoknya tu pergi mengantar rombongan Pakcik (dlm entry sbelum ni). Lepas selesai akad, makan lagi, adoi bapa kali makan daaa… dekat umah pengantin perempuan memang banyak menu. Nasi, ikan keli, sayur, ayam goreng, pecal (makanan JAWA), tapai, kek mmg berjenis2, wajik, bubur jagung plus durian, puding..etc. Dah macam rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM). Bole kata semua Cik K makan kecuali Tapai dan Pecal (banyakkan!). “abg” pulak asik tendang sebab x selesa kot ruang da penuh dengan makanan. Balik plak terus tido. 

Malam tu plak makan ikan siakap stim dan ikan jenahak goreng dengan air asam. Memang terbaik!.

santapan malam

Esoknya hari terakhir kat kg Mr. F, pagi tu lepas sarapan kami ke umah Pak Cik, pengantin perempuan bertandang plak. Ha makanan adalah Nasi Ayam, Laksa dan keropok lekor. Cik K da lama mengidam nak makan udang galah, maka tertunai la hajat. Makanan pengantin kot! Haha..nasib la Cik K bedal dulu masa orang tengah masak di dapur. Lepas tu kami pergi plak kenduri umah spupu FIL dekat Teluk Intan.

Buat pertama kali perut Cik K sudah tiada ruang.haha. Pandang sahaja menu2 yg terhidang. Cik K cuma amek buah limau mandarin untuk buat syarat jer. Mr. F dia apa pun bole masuk.Isk..isk.Isk..(2 pinggan!)

lepas makan nasi, meratah ayam lagi satu pinggan.


Selesai semua kami gerak balik Kajang. Perjalanan hanya untuk makan?huhu. Syukur dengan rezekiNya.


Get ready balik Kajang.

 

 

2 comments: