Start Cik K kat umah baru mmg x pernah ujan pagi time weken. Memang nikmat
la. Oh sedar x sedar dah pukul 9 pagi (bukak
selimut usha jam dinding), Cik K dah buat temujanji dengan Klinik Jameaton,
Serdang untuk 4D baby scan. Tapi lepas Subuh Mr. F dah ingatkan (rupa-rupanya
dia pn excited!) tp mata n badan yg minta sambung tido maka hajat pun diteruskan.
Opss! Nape jam ni cepat sgt eh..aduh!... jam dinding da pukul 10 pg, terus bgun
mandi dengan xpress skali. Lepas siap2..CiK K minum susu Anmum Materna Coklat
dulu, Mr. F selalu Cik K buatkan milo tapi pg tu dia x nak sbb kmi da plan nak
bekfes dekat mamak area jalan kuar umah Cik K.
Sampai di Mamak Cik K order roti fav roti planta, Mr. F mcm biasa roti
banjir…selesai makan hati Cik K dah berbunga2 (dlm kepala BOY ke GIRL???). Mr.
F terus call klinik tu nk dapatkan direction. Maka perjalanan kami pun bermula.
Sampai jer memang penuh la kasut diluar klinik tu…dalam hati, alaaaaaa…ni
mesti lambat punya turn (sape suruh bangun lambat kan). Bila bagi IC dan isi
apa yg dorg nak pastu kakak kat kaunter cakap turn awak lps pukul 2 yer mknanya
after lunch la Cik K oi. Pandang Mr. F, dia respon OK. Apa lagi nak buat, kat
depan tu dah nmpak AEON Taman Equin. Nak x nak Cik K pun bertawaf la di situ
dulu. Sampai pkul 1 Cik K da lapar, kami pun drive thru KFC sebelah tu jer. Cik
K malas nak cari kedai-kedai makan padahal ad je bkn ape nanti takut lambat
lagi. Kami makan dalam kete depan pintu klinik (x sabar gitewww…haha). Cik K
masuk jap cakap ngn kakak kat kaunter tu yg Cik K nak pukul 2. Dia ckp OK.
Lepas basuh tangan terus jer tggu kat kerusi then nama Cik K dipanggil.
Hati Cik K mula berdebar waktu jalan masuk ke bilik Doc. Yela selama 6
bulan Cik K x pernah tau sape yang Cik K kandungkan ni. Doc ckp ok puan baring
dulu, Mr. F duduk atas kerusi sebelah doc sambil tengok screen depan. Doc
menghadap PC sebelah Cik K. Doc start scan Cik K, mula-mula dia cakap ha ini
kepala baby awak, ni perut dia, ni tulang kaki n tangan dia. Lepas tu Doc kata ha mari kita tgk jantina dia pulak…dup..dap..dup..dap..ha
ni nmpak x bola dia? Ni plak pistol dia…Ok Doc sahkan yg Cik K bakal dapat baby
Boy. Mr. F kat sebelah tu Cik K dengar da ketawa da. Cik K masa tu bersyukur
sangat-sangat dengan anugerah indah ciptaan Ilahi untuk kami. Alhamdulillah. Lepas tu Doc scan
angle by angle dan terangkan pada kami. Setengah jam jugak perut Cik K
digodek maka selesailah sesi scan tu. Doc ckp InsyaAllah baby awak xde apa2
masalah. “Terima kasih banyak-banyak ya Doc”, Mr. F dan Cik K ucapkan sebelum
tinggalkan bilik tu. Selepas selesai semua bayaran dan dapatkan CD video dan
pic statik baby, kami pun keluar dari klinik.
Cik K melangkah keluar dari klinik tu dengan perasaan yang berbeza. YA
ALLAH…Kami dapat rasakan kelainan tu bila dah sah kami bakal menimang “abang”
baru dalam family…Cik K percaya apa-apa pun semuanya ketentuan Dia sama ada boy or
gal masa lahir nanti. Yang pastinya Cik K sangat teruja!. Untuk tatapan semua,
Cik K share sikit gambar-gambar yang ada dalam CD. Semoga semuanya selamat
sehingga due date Cik K pada 12/4/2013. Amin.
ini kepala baby |
yg ni doc cakap tulang belakang baby |
full baby in 2D |
muka baby yg dilitupi uri |
ini macam Mr. F ;) |
Wah..syoknya cik K..hehe..mana pistolnya? xnmpk pun..haha..cik K pindah p mn plak.wa..syok la duk umah baru.nk trima org baru kn.hee
ReplyDeletepistol yg ni x bole buat tayangan umum 18sx.haha
ReplyDeleteha tu la rezeki baby Cik K kot. Nanti rezeki ampa pulak.;)