Chinese yang raya tp Cik K
yg beria-ria. haha… cuti sape x nak kan? Hehe… bole bergolek2 kat umah. heaven tu!...
hari ni mood lemau Cik K dah datang plus malam2 tido tak cukup. Plan minggu ni
nak shopping barang baby lg. Harap2 ada discount CNY. Cik K plan nak p JJ Taman
Equin or JJ Maluri. Pasal Mr. F asik terbayang2 bag baby fav dia kat sana.haha…
Cik K mana-mana pun bole. Ha breast pump Cik K da order online so dah tak perlu
pikir lagi bab tu. Stroller dan baby cot Mr. F excited nak beli dekat Parkson
Kajang. Bole kata kalo ke mana kami kuar mesti singgah survey barang baby. Hopefully,
complete la baby stuff kami beli weekend ni. Lepas ni Cik K dah tak larat nak g
mall lagi. Jalan sikit dah cari kerusi nak duduk. Dulu jalan 2-3 jam pun tak
sedar, sekarang 5 minit mata dah melilau cari tempat rehat. Mr. F terpaksa la
ikut. Tapi Cik K selalu suruh dia p survey sorang2 time Cik K rest tu, kalo ada
yang best dia akan call baru Cik K cari dia. Macam ni la bila ‘penguin’
berjalan di mana2 mall.hehe…
Pusing kiri, pusing kanan
semua orang tekun buat keje, Cik K pulak sibuk nak menaip blog, Al-maklum la
arini bos Cik K keluar meeting dan ada yang dah bercuti CNY. Bos Cik K dua
orang Chinese, sorang malay. So next week mesti lagi best pasal dorang cuti
seminggu.hehe… (Ish tak baik tau pikir
macam tu!, maap yer bos..;p). Cik K tunggu gak ang pau tapi habuk pun tarak! Haha…
Limau mandarin pun layan jer la.
Kalo arini da lemau, esok
mesti expired! Haha… Jumaat plak rest lama kot masa lunch plus rehat solat
Jumaat. Kami kaum2 hawa apa lagi, kita serbu la jualan! Esok uncle baju baby
datang lagi, kali ni tak tau brand ape pulak dia bawa. Harga baju antara RM7-
Rm15 sepasang (tak murah gitu??? Haha..) Cik K dah tak sabar nak cekup yg mana
berkenan. Baju uncle tu dari kilang dan harga mmg kaw2 murah la. Cik K suka
beli murah tapi branded, buat apa bazirkan dekat butik baby, padahal brand same
jer. Tapi sebelum ni Cik K dah ada beli dekat ‘Manjaku’. Yang tu Mr. F yang
beli Cik K ikut aje la. Hehe…
Perut Cik K dah bunyi ni.
Jam baru pukul 10.27 am. Alaaa cepat la pukul 12.30pm. Baby pun dah tak sabar,
alooo cian dia, sabar tau. Ok makan kismis dulu. Selalu bekfes nasi lemak or
bihun goreng tapi pagi ni tak sempat nak singgah beli pasal timing lari
terbangun lambat.hehe…Sampai jer opis makan roti jer.huhu…
Malam ni Cik K ada party tau
(party? Bunyi macam omputih je kan.hehe). Adik Mr. F ni la dia nak buat
Herbalife Shake Party, nak kenalkan produk tu kat ktorg. Mr. F memang sesuai
sebab dia dah bun..bun..(boncet!). Cik K nak dia kurus mcm zaman-zaman dia
study dulu. Kui3… ishh ape la Cik K ni, nama pun da kawin mesti la badan akan
naik. Salah Cik K juga selalu masak sedap2 (haha jgn muntah yer uols). Kalo tak
masak kang tak dapat pahala pula. Hehe…
Sudah la yer untuk entri
kali ni, Cik K pun nak ke toilet ni. Buat pelaburan emas (selekehkan!).
Buat semua penganut agama
Buddha Cik K ucapkan ‘Happy Chinese New Year’ dan ‘Happy Holidays’ untuk semua
;-)
0 comments:
Post a Comment