Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu



Mohd Fahmi miss u so much...


“Rindu padamu tidak tertanggung lagi”




Mata ngantuk…mood xde…hati kt kg lagi..huhu. Nampaknya cuti 4 hari di kg memang x puas! Kalo boley Cik K nak 4 bulan! Haha… Tapi mmg byk la momen best di kg even sgt la sekejap di sana. 

Pagi Jumaat lepas, Cik K bangun pukul bape tau? Ha pukul 5.50 am! Haha..excited sbbnya nk blk kedah la. Lps mandi terus kejut Mr. F soh siap cpt2..konon nak kuar awal2 la gelap2 lg. Hampeh! Cik K menunggu la Mr. F angkat barang masuk kete pastu ropanya dia baru nak check minyak hitam, air kete sume. Aduhai :(…Cik K da muncung mcm tikus mondok kt dalam umah bila tgk jam pukul 7am. 

Kami gerak dalam pukul  8 lebih. Masa tu da sama lak ngan org pejabat. Haish! Jem pulak plus xcident lg kat UPM- Tol Sg Besi. Tersangkut jgk la 30min…dugaan. Lepas da masuk hgway kat Jalan Duta baru la lapang ckit dada Cik K ni. Kalo x memang rimas la Cik K dengan jem2 ni.  

Bila Mr. F da lapar kami pun singgah makan jap kat RNR Jejantas Sg. Buloh. Ha amek kau! 2 bungkus nasi lemak Mr. F sebat (nmpk mcm lapar bebenor) haha..Cik K layan kuih je pagi2 ni. Lps makan terus kami gerak ke Batu Gajah dengan tujuan melawat anak buah baru Cik K. Memang x sabar sbb sblum ni tengok pic dalam FB je. Around 12pm kami sampai. Gosip itu ini smpai la 3pm baru la reti nak balik.hehe...

Wah ni la masa yg ditunggu-tunggu setelah lama menanti. Angin air-cond ni sepoi-sepoi bahasa Melayu la pulak menampar pipi Cik K maka mimpi pn bermula. Mr. F ada radio pun da ckup.hehe… Sampai jer area Penang, Arghh! adui! Baby da mengeras sgt trus trasa nak buang air kecil, apa lagi “abg, benti kat hentian sebelah mana2, ayg da x tahan  ni”. “Haah okey2 dpn ni ada hentian Juru. So slps selesai hajat, perut da lapar, nmpk plak kete org PLUS yg dok jual2 tu, apa lagi beli la jambu sorg satu plastik..ngap dlm kete. 

Bila da masuk je tol Sg. Dua, maka  lg 45min smpi la exit tol Pendang!hehe. Around 6pm kami sampai Pendang. Destinasi yg dituju mesti la gerai2 makan sepanjang pekan Pendang, cari apa yg patut utk mkn2 ngn family ;)
 
Selesai la episod drama “Rindu padamu tidak tertanggung lagi”.  

:::Puteri Aliya Batrisya selamat melihat dunia:::



rambut macam disapu minyak dalam perut ;)
Alhamdulillah... semuanya selamat dan dipermudahkan olehNya apabila kakak Cik K selesai bertarung nyawa. Pukul 10pm (18 Jan 2013) lahirlah seorang puteri yang beratnya 3.2kg (kira berat la pasal anak ptama slalu 2.++ ). Apa pun x kisah janji both sihat. 

Bersambung kisah pada hari kejadian, kakak Cik K terasa sakit yang amat pada petang around 7pm dan apabila Doc check bukaan dah 5cm so dia ditolak ke labour room. Masa tu dia menahan kesakitan tambahan tiada pengalaman hanya Allah tempat dia mengadu. Kebetulan abang seorang yg mabuk darah maka dia x dibenarkan masuk ke dewan bersalin (nanti takut nurse plak sibuk jaga dia kalau pengsan).  Tapi akak mmg seorang yang kuat. Air ketuban pecah around 9pm. Masa yg dinanti pn bermula. Macam-macam cara diajar oleh nurse untuk push..push n push...angkat muka tengok perut dan tangan pegang buku lali. Akhirnya, berkesan! Secara normal kakak Cik K lahirkan puteri dia.  

Pada hari tu jugak, Cik K yang penat keletihan sampai umah dalam pukul 9 malam terus tido, bangun jer untuk solat isyak amek hp banyak sms masuk. Masa tu dalam pukul 1.30 pagi. Cik K terus hubungi kakak. Dia cerita semua pengalaman start masuk ke labour room. Masa tu dia dah pun selesai susukan baby dengan susu pertama (colostrum). Teruja bila Cik K dengar ;-). Doakan Cik K pulak yer lepas ni

Selamat berjuang my dear sis…



Pagi td dlm pukul 9am, Cik K dapat sms “Salam, dah rs sakit kul 6 td..kjp skt kjp hilang. Doakan aku, hanya tuhan yg tahu. Baru rs ckit blom turun tanda lg, jap g bru g spital”. 

Mula la Cik K rasa sebak sebab kakak Cik K sendiri yg sedang sakit dan akan bertarung nyawa untuk melahirkan baby pertama mereka. Dia kakak atas pada Cik K, so pengalaman hidup kami lebih kurang sama dan ada apa-apa mesti kami akan kongsi cerita dan luahkan perasaan sama-sama. Cik k pulak disahkan hamil lepas 3 bulan kakak preggy. Maka, selalu la kami bergosip dan share pasal momen mom-to-be. Morning sickness, ubat apa ktorang dapat dr Doc, result check up, jantina baby, susah nak tido bila malam, baby tendang n gerak2, shopping barang baby di mana dll. Semua tu antara gossip2 kami slalu bila sms dan call. 

Doc sahkan yg kakak bakal mendapat baby girl;). Sekarang dia dah ada di wad Hospital Tuanku Bainun, Ipoh. Sms terbaru Cik K terima pukul 3pm, bukaan sudah 3 cm. Hati Cik K pulak yg berdebar.  Cik K terus call lps dapat sms dari dia, suara pun dah lain, Cik K tahu mesti dia sedang tahan sakit. Cik K beri dia semangat. Semoga dipermudahkan olehNya.

 Lepas ni turn Cik K pulak. Halamak!..xpe lg 2 bulan..huhu.