Cik K bukan budak2 lagi yer…





Cik K rasa moody sgt pg ni, bole katakan bila da lepas pada sbulan mst hati jadi x menentu. Sbbnya x pernah lebih berbulan2 Cik K x balik kg, kali ni dah masuk 2 bulan x hadap muka mak abah Cik K, Ya Tuhan macam2 perasaan CIk K rasa. Kalo nak dihitung brapa titik air mata ni da sama dengan bintang2 di langit (wah gituu!). Nmpknya da parahkan kes CIk K ni. Bukan x nak balik tapi macam2 hal kekangan yang ada. Setiap kali weken kalo Cik K ad sayap mmg x tggu lagi. Dulu Cik K balik jer if weken 2 hari pn tp skrg dah mengendong rezeki baru ni Cik K rasa cepat letih dan x bole lg rushing2 mcm dlu. Pasal bila blk sini esok nk keje, tu yg lemah habis badan2, takut jugak apa2 efek baby Cik K nanti. Buat masa ni Cik K hanya mampu bertahan jer.. 

Kalo korang nak tahu kg Cik K nun jauh di Kedah…ada sawah terbentang depan umah, bila balik jer mst rasa beban keje terus hilang, jalan raya memang bole merempit la. Mmg jauh bezanya dengan tempat Cik K bermastautin sekarang. Tp apa2 pn Cik K bersyukur kerana Cik K menjadi lebih matang bila berjauhan dengan family sendiri dan hidup dengan keluarga  yang baru setahun jagung Cik K kenal mereka. Alhamdulillah mereka dapat terima Cik K seadanya. Ye la Cik K ni mmg x pandai masak, tp Cik K selalu ikut MIL masuk dapur even hanya potong2 bawang & sayur. Sekarang rasa confident tu dtg sendiri. Nak tau kenapa??? Balik jer umah Cik K akan masak yang sama dengan MIL masak utk Mr. F. Dia memang x cerewet, asal Cik K masak ape jer dia mst suka. Tp kalo makanan yg ala2 Kedah sikit tu dia tanya juga ini apa? Hehe. CIk K akan cakap “makan dulu pasti nak lagi”, dulu dia x pernah makan ikan haruan kering tp bila Cik K goreng letak cili kering n bawang goreng mmg dia sapu la. Satu benda yg dia masih x bole nak makan lagi ikan pekasam! Haha kalo balik kg abah mesti senyap2 jer letak ikan pekasam goreng dalam pinggan dia, last2 masuk dlm pinggan Cik K jugak..haish! haha… 

Kalo kat kg, waktu petang jer mst CIk K ajak Mr. F ronda2 sampai pengsan.hehe dia mmg suka, Kajang mana nak dapat sawah padi ni.hehe ye dok. Paling best lg bila anak2 buah pn balik, Mr. F apa lagi angkat jer diorg naik atas motor bawa  skali. Bukan ada pak polisi pn dlm kg kami hehe naik jer skali 4 0rang. Seronok! Lepas tu memang kena buli la Mr. F dengan anak2 ni bila mereka x puas lagi sudah diajak balik. ;p…Lepas dah penat ronda, kami mesti duduk bawah pokok rambutan pulak mengisi perut. Hihi. Bila azan baru terhegeh2 nak masuk umah. 

Rasa teringat zaman hingusan Cik K dulu. Masa maghrib jer mst sume bising nak makan la nak mandi (apa lagi tggu turn la kt toilet tu).Cik K ada 8 org adik-beradik (banyakkan!) itu yg buat umah kami meriah.  Mak kata “mandi dulu sebelum makan, ini tak, tgn kotor, kaki tu berselut, ish2 ampa ni bila la nak besaq2 panjang”. (budak kg kalo x main kotor mmg x sah la kan). Mak Cik K memang suka membebel bila kami x dengar cakap dia. Abah Cik K bila masuk jer waktu solat memang tugas dia seperti biasa di masjid la. So mak la yg handle kami sume. 

Bila masa berlalu, umur pun meningkat korg paham la ye, xkan sume nak berkepit bawah ketiak mak dan abah lagi. Nak x nak mak dan abah Cik K terpaksa lepaskan anak2nya sorang demi sorang. Adik-beradik Cik K majoriti perempuan dan sorang jer hero itu pun yg bongsu. Sekarang tinggal la mak abah Cik K kat kg dengan adik bawah Cik K sorang itu pun nasib dia buat chambering law di Kedah, if not lg Cik K sedih kalo dorg berdua jer.  Hanya Tuhan sahaja yg tahu perasaan Cik K. Apa-apa pun CIk K kena tabah!..Cik K bukan budak2 lagi yer… ;)


0 comments:

Post a Comment