yuhuuuu...moh ler kita. ;) |
Cik K terdengar berita semalam kat TV3. Mula-mula dengar2 ayam jer tp bila kakak pemberita ckp "tiket percuma Airasia 2013 sempena program Integrasi 1Malaysia" CiK K apa lagi amek remote tv up skit volume kasi terang2.hihi...kalo free2 mmg Cik K suka, bkn sng nak dpt free, kalo setakat air free kt cafe MOSTI Cik K x kisah sgt...;p so apa lagi mlm ni Cik K plan nak tggu dpn PC pukul 11.58pm standby kat website airasia. TAPI...apa yg buatkan Cik K sedeh ni sbb belum tentu Cik K dapat, yer la rakyat Malaysia ni bkn sorg jer..hihi..plus Cik K plak da nak msuk week ke-27, mmg kena dapatkan surat kebenaran daripada kakak doktor untuk naik flight. ;'(
Kalo korg nak tau details, dibawah ni Cik K ada kongsi sikit info.
Permohonan tiket percuma ini boleh didapatkan di laman web http://www.airasia.com. Dianggarkan kira-kira 10 ribu tiket akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia untuk menikmati tiket percuma tersebut.
Booking Period
Dari 9 Januari 2013 dan keatas
Dari 9 Januari 2013 dan keatas
Travel period
14 Januari – 4 Februari 2013
14 Januari – 4 Februari 2013
Update Terkini Dari Airasia
Tawaran Akan Dibuka Mulai 9 Januari 2013 (Rabu). Harap Maklum
Destinasi Penerbangan Percuma
Tempat
duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Semenanjung
Malaysia ke Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu
dan Bintulu serta penerbangan dari Timur Malaysia ke Kuala Lumpur,
Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Tempoh Penerbangan Percuma
Tiket percuma bagi penerbangan antara 14 Januari sehingga 4 Februari 2013
Cara Pembayaran Penerbangan
Cukai
lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api
dimansuhkan. Pembayaran boleh dibuat secara online dilaman web Airasia
melalui Maybank2u, Cimbclick mahupun Visa atau Mastercard.
Nota Tambahan Terma Dan Syarat
Perkhidmatan lain seperti peruntukan bagasi serta pemilihan tempat duduk juga tidak termasuk dalam tawaran tersebut.
0 comments:
Post a Comment