Selamat berjuang my dear sis…



Pagi td dlm pukul 9am, Cik K dapat sms “Salam, dah rs sakit kul 6 td..kjp skt kjp hilang. Doakan aku, hanya tuhan yg tahu. Baru rs ckit blom turun tanda lg, jap g bru g spital”. 

Mula la Cik K rasa sebak sebab kakak Cik K sendiri yg sedang sakit dan akan bertarung nyawa untuk melahirkan baby pertama mereka. Dia kakak atas pada Cik K, so pengalaman hidup kami lebih kurang sama dan ada apa-apa mesti kami akan kongsi cerita dan luahkan perasaan sama-sama. Cik k pulak disahkan hamil lepas 3 bulan kakak preggy. Maka, selalu la kami bergosip dan share pasal momen mom-to-be. Morning sickness, ubat apa ktorang dapat dr Doc, result check up, jantina baby, susah nak tido bila malam, baby tendang n gerak2, shopping barang baby di mana dll. Semua tu antara gossip2 kami slalu bila sms dan call. 

Doc sahkan yg kakak bakal mendapat baby girl;). Sekarang dia dah ada di wad Hospital Tuanku Bainun, Ipoh. Sms terbaru Cik K terima pukul 3pm, bukaan sudah 3 cm. Hati Cik K pulak yg berdebar.  Cik K terus call lps dapat sms dari dia, suara pun dah lain, Cik K tahu mesti dia sedang tahan sakit. Cik K beri dia semangat. Semoga dipermudahkan olehNya.

 Lepas ni turn Cik K pulak. Halamak!..xpe lg 2 bulan..huhu.

Pagi Ahad yg best tarik selimut sbb hujan pepagi…



Start Cik K kat umah baru mmg x pernah ujan pagi time weken. Memang nikmat la. Oh sedar x sedar dah pukul 9 pagi (bukak selimut usha jam dinding), Cik K dah buat temujanji dengan Klinik Jameaton, Serdang untuk 4D baby scan. Tapi lepas Subuh Mr. F dah ingatkan (rupa-rupanya dia pn excited!) tp mata n badan yg minta sambung tido maka hajat pun diteruskan. Opss! Nape jam ni cepat sgt eh..aduh!... jam dinding da pukul 10 pg, terus bgun mandi dengan xpress skali. Lepas siap2..CiK K minum susu Anmum Materna Coklat dulu, Mr. F selalu Cik K buatkan milo tapi pg tu dia x nak sbb kmi da plan nak bekfes dekat mamak area jalan kuar umah Cik K.

Sampai di Mamak Cik K order roti fav roti planta, Mr. F mcm biasa roti banjir…selesai makan hati Cik K dah berbunga2 (dlm kepala BOY ke GIRL???). Mr. F terus call klinik tu nk dapatkan direction. Maka perjalanan kami pun bermula. 

Sampai jer memang penuh la kasut diluar klinik tu…dalam hati, alaaaaaa…ni mesti lambat punya turn (sape suruh bangun lambat kan). Bila bagi IC dan isi apa yg dorg nak pastu kakak kat kaunter cakap turn awak lps pukul 2 yer mknanya after lunch la Cik K oi. Pandang Mr. F, dia respon OK. Apa lagi nak buat, kat depan tu dah nmpak AEON Taman Equin. Nak x nak Cik K pun bertawaf la di situ dulu. Sampai pkul 1 Cik K da lapar, kami pun drive thru KFC sebelah tu jer. Cik K malas nak cari kedai-kedai makan padahal ad je bkn ape nanti takut lambat lagi. Kami makan dalam kete depan pintu klinik (x sabar gitewww…haha). Cik K masuk jap cakap ngn kakak kat kaunter tu yg Cik K nak pukul 2. Dia ckp OK. Lepas basuh tangan terus jer tggu kat kerusi then nama Cik K dipanggil. 

Hati Cik K mula berdebar waktu jalan masuk ke bilik Doc. Yela selama 6 bulan Cik K x pernah tau sape yang Cik K kandungkan ni. Doc ckp ok puan baring dulu, Mr. F duduk atas kerusi sebelah doc sambil tengok screen depan. Doc menghadap PC sebelah Cik K. Doc start scan Cik K, mula-mula dia cakap ha ini kepala baby awak, ni perut dia, ni tulang kaki n tangan dia. Lepas tu Doc  kata ha mari kita tgk jantina dia pulak…dup..dap..dup..dap..ha ni nmpak x bola dia? Ni plak pistol dia…Ok Doc sahkan yg Cik K bakal dapat baby Boy. Mr. F kat sebelah tu Cik K dengar da ketawa da. Cik K masa tu bersyukur sangat-sangat dengan anugerah indah ciptaan Ilahi untuk kami. Alhamdulillah. Lepas tu Doc scan angle by angle dan terangkan pada kami. Setengah jam jugak perut Cik K digodek maka selesailah sesi scan tu. Doc ckp InsyaAllah baby awak xde apa2 masalah. “Terima kasih banyak-banyak ya Doc”, Mr. F dan Cik K ucapkan sebelum tinggalkan bilik tu. Selepas selesai semua bayaran dan dapatkan CD video dan pic statik baby, kami pun keluar dari klinik. 

Cik K melangkah keluar dari klinik tu dengan perasaan yang berbeza. YA ALLAH…Kami dapat rasakan kelainan tu bila dah sah kami bakal menimang “abang” baru dalam family…Cik K percaya apa-apa pun semuanya ketentuan Dia sama ada boy or gal masa lahir nanti. Yang pastinya Cik K sangat teruja!. Untuk tatapan semua, Cik K share sikit gambar-gambar yang ada dalam CD. Semoga semuanya selamat sehingga due date Cik K pada 12/4/2013. Amin.



ini kepala baby

yg ni doc cakap tulang belakang baby

full baby in 2D

muka baby yg dilitupi uri

ini macam Mr. F ;)





SaBaR Ye Cik K…!



Kalo dah bukan jodoh nk buat cmna, Cik K dah plan cun2! tp ad jugak halangannya, Cik K akui la sume tu Dia yg tentukan. Semalam masa kat tempat keje, Cik K buat keje pn x senang, hati ni da excited sgt kot nk p scan sbb mlm sebelum tu Mr. F plak ada hal lain yg mmg x dpt dielakkan, so x dapat la nk scan baby (muka CiK K apa lagi, kalah asam jawa kt dapur tu tau! ). Tunggu la esoknya pulak.

So semalam lepas balik dari keje trus ke umah MIL, dia suruh makan pun da x nak, lepas solat maghrib jer trus siap2, tp Mr. F makan dulu, dia mana bole x makan hehe (kan syg kan? ;p) Abis jer dia makan terus gerak ke Pusrawi. Dalam kete Cik K usap2 perut ckp kat baby “baby, ibu nak p scan ni, baby jgn malu2 tau, pastu dush…dush dia bg kaw2 kt perut Cik K. Ok cun! baby da paham. 


Sampai jer di kaunter tu, Cik K cakap la nak scan baby. “eh Puan malam ni pakar xde, dia cuma ada mlm isnin hingga rabu” (Cik K datang Khamis). Padahal dah terang-terang Cik K call dan cakap dengan org kaunter tu tanya jadual pakar, dia cakap mlm Isnin hingga Jumaat jer weken xde yer. Da mmg Cik K hapal pn tau.  Berangin la Cik K depan kaunter tu “eh aritu saya call cakap ada smpai Jumaat malam”, so Mr. F yang cool ni cakap, “eh xpe la kalo macam tu, nanti kami datang masa pakar ada, terima kasih yer “. Sambil berlalu dengan hati yang hampa. 
 
 
Mr. F apa lagi, guna la idea2 bernas dia tu, “cuk, apa kata kita p manjaku?”. Cik K terus senyum! Haha…Ok mula la sesi kami menggodek baju2 dan alatan baby di situ. Cik K ni da mula rambang mata pasal semua baju cantik-cantik!. Selepas 1 jam kami membelek itu ini hinggakan Cik K jalan sambil picit-picit pinggang kot barulah kami ambil keputusan untuk bayar.hehe… Hasilnya! Taraaaaaaaaa…..





Baju yang dipilih tanpa mengetahui status gender ;)

Hari ni sampai jer opis Cik K terus jer call buat appointment dengan private clinic kat Serdang utk scan 4D hari ahad ni. So setel! InsyaAllah.  Kirim salam lah yer Pusrawi.


::: Him or Her? :::



Cik K suka curly hair if girl...

Pejam…celik…pejam…celik ropanya dah 6 bulan berlalu yer… tapi sampai sekarang Cik K masih belum tahu sape la gerangan baby dalam perut ni;)  Bakal ibu mana yg x nak tau gender baby dia kan? Hmmm… same la ngn Cik K ni. Org kata da bole check dah kalo baby 4 bulan tapi Cik K x confident sgt sbb awal lagi, mana la tau nanti da beli barang2 sume tup2 check lagi lain pulak gendernya. So sekarang Cik K rasa da sampai masanya Cik K g check.

Mak Cik K kalo hello jer mst tanya da tau ke baby ape? tp jwpn dia still same “x check lg mak”. Huhu. Mak Cik K excited la pasal anak 1st dari Cik K even cucu dia da 7 orang…dia ckp nk buatkan tilam n bantal utk baby (Cik K memang suka la kalo ad yg nk sponsor ni) Alhamdulillah rezeki lagi.hehe.

Malam ni Cik K dah plan nak buat scan dekat Pusrawi Kajang. Mr. F lagi la bole kata tiap2 minggu ajak check. So malam ni InsyaAllah akan tertunai la hajat dia. So baby! Get ready yer…jgn tutup pulak dekat tut! Hehe… NAntikan yer, next post conpem Cik K update.