Menanti saat kelahiran



Sehari rasa macam sebulan. Bukan Cik K sahaja tak sabar, malah seluruh kaum keluarga, sahabat, rakan sekerja, kenalan FB yang pastinya dan seluruh makhluk yang bernyawa di muka bumi ini. Hehe… 



Soalan di opis:
Bila datang opis, eh belum bersalin lagi?
Bila balik opis, bye harap berjumpa lagi esok. Tapi memang ari2 jumpa jer. Hehe.
Soalan di umah mertua:
Bole lagi pakai baju kurung? Haah bole lagi perut kecik jer
Ada rasa sakit2 x? ada jugak kt blakang tapi tanda xde lagi
Soalan Mr. F:
Baby gerak x pagi ni? Awal lagi syg dia dah bangun
Waktu nak tido, kalau rasa apa2 kejut abang tau, haah baik syg.
Soalan mak di kg:
Pergi keja lagi ka? Larat ka? Larat lagi mak. Tunggu sampai beranak cik benti la.
Soalan kawan-kawan:
Dah beranak ke belum? Belum lagi. Baby nak duduk dalam perut lagi
Sihat lagi ke? haah masih rasa ok lagi cuma jalan jer x larat.
Nanti berpantang mana? sbulan di Kajang, sbulan di Pendang (tertakluk pada pindaan Mr. F)


Cik K rasa teruja sangat sebab semua org sekeliling yang ambil berat. Hadiah pun dah Cik K dapat even baby pun x keluar lagi. Mekaseh Aunty Ainul Azreen dan Uncle Hafezz.

Suatu pagi otw ke tempat keje, tup2 ada lelabah besar yang jari2 dia kalo cengkam org bole pengsan tu masuk dalam kete, Cik K panik dan menjerit
“abg..abg..abg…”
“sabar yang sabar, abang ada…”
“itu abg..tu…”
“Ya Allah abg ingat ayang da nak beranak tadi. Ish…”
Ye la menatang tu pun dok masuk dalam kete pagi2 nape.hehe

Saat2 genting ni buku merah memang dengan Cik K jer dlm beg ari2 bawa g keje. Dalam kete plak dah siap beg baby, beg Cik K dan raga untuk bekas makanan dan termos. Kadang2 Cik K kuar makan malam mana tau sakit bole terus ke spital. 

Sekarang ni bila da masuk minggu ke-38, debaran memang x dapat dipisahkan. Excited tu mmg confem sbb Cik K da tengok ramai kawan-kawan Cik K yang due date dekat2 sume dah selamat lahirkan baby mereka. 

Sayang ibu dan baba cepat la keluar. Semoga menjadi anak yang soleh, sihat, menghormati ibu-bapa, cerdik dan mendoakan kedua ibu bapanya. Terima kasih Allah atas rezeki yang bakal kami terima ini. 

Sesungguhnya kurniaanMu sangat indah.
 




Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar benar cinta 
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan tuk berbahagi kasih
Kerna kau tak seperti melati ohh...

Putih putih melati 
Merah merah delima 
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima 


~lagu fav Mr. F masa dalam kereta pagi2 antar Cik K g opis plus #johara~