BISNES ONLINE- SIMKAD TUNETALK TONE EXCEL

Dengan menggunakan SIMKAD TUNE TALK@TONE EXCEL ini, tanpa kita sedari 2-5-10 tahun akan datang ia akan mendatangkan hasil berupa 'pencen' setiap bulan..seumur hidup..
tetapi dengan SIMKAD 'murah' yang lain, 2-5-10 tahun akan datang anda hanya akan tetap membayar dan membayar...


fikirkanlah....




sedia membantu,

cikin comey

0136847698

idp582167


Cik K sudah bertiga...


-Bertiga lebih baik-

Blog ni dah rindu pada tuannya hehe...ok semangat2! Cik K...mesti ramai dok tertunggu2 mana la entry yg terbarukan? Nak menulis masa kat umah almaklumlah guna hp jer. ;p plus da ada si tecik yg ke mana2 ada dia. Mmg xde chance lg la nk hadap blog ni.

Now Cik K da back to normal. Xde lagi perut yg comel tu.huhu...tringin lagi ke Cik K? Opsss! Bagi bernafas dulu yer.hehe...


Life da masuk fasa ketiga (ada anak). Fasa pertama (berkahwin) dan kedua (pregnant) da lepas. Thanks to Allah. Cik K dah x bole nak bersantai-santai cam dulu lagi. Bila dia dah bangun Cik K pun wajib bangun. Nak uruskan mandi dan makan dia. Dia tu sape? Baby Cik K la. Nanti Cik K kenalkan dia kat korg yer. Walau apa pun demi dia Cik K sanggup. Wahhhhh! Haha...ibu mithali konon...InsyaAllah.




Romantik itu sunnah

 

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.

 

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.

 

Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

 

Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?

 

Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

 

Artikel iluvislam.com

Menanti saat kelahiran



Sehari rasa macam sebulan. Bukan Cik K sahaja tak sabar, malah seluruh kaum keluarga, sahabat, rakan sekerja, kenalan FB yang pastinya dan seluruh makhluk yang bernyawa di muka bumi ini. Hehe… 



Soalan di opis:
Bila datang opis, eh belum bersalin lagi?
Bila balik opis, bye harap berjumpa lagi esok. Tapi memang ari2 jumpa jer. Hehe.
Soalan di umah mertua:
Bole lagi pakai baju kurung? Haah bole lagi perut kecik jer
Ada rasa sakit2 x? ada jugak kt blakang tapi tanda xde lagi
Soalan Mr. F:
Baby gerak x pagi ni? Awal lagi syg dia dah bangun
Waktu nak tido, kalau rasa apa2 kejut abang tau, haah baik syg.
Soalan mak di kg:
Pergi keja lagi ka? Larat ka? Larat lagi mak. Tunggu sampai beranak cik benti la.
Soalan kawan-kawan:
Dah beranak ke belum? Belum lagi. Baby nak duduk dalam perut lagi
Sihat lagi ke? haah masih rasa ok lagi cuma jalan jer x larat.
Nanti berpantang mana? sbulan di Kajang, sbulan di Pendang (tertakluk pada pindaan Mr. F)


Cik K rasa teruja sangat sebab semua org sekeliling yang ambil berat. Hadiah pun dah Cik K dapat even baby pun x keluar lagi. Mekaseh Aunty Ainul Azreen dan Uncle Hafezz.

Suatu pagi otw ke tempat keje, tup2 ada lelabah besar yang jari2 dia kalo cengkam org bole pengsan tu masuk dalam kete, Cik K panik dan menjerit
“abg..abg..abg…”
“sabar yang sabar, abang ada…”
“itu abg..tu…”
“Ya Allah abg ingat ayang da nak beranak tadi. Ish…”
Ye la menatang tu pun dok masuk dalam kete pagi2 nape.hehe

Saat2 genting ni buku merah memang dengan Cik K jer dlm beg ari2 bawa g keje. Dalam kete plak dah siap beg baby, beg Cik K dan raga untuk bekas makanan dan termos. Kadang2 Cik K kuar makan malam mana tau sakit bole terus ke spital. 

Sekarang ni bila da masuk minggu ke-38, debaran memang x dapat dipisahkan. Excited tu mmg confem sbb Cik K da tengok ramai kawan-kawan Cik K yang due date dekat2 sume dah selamat lahirkan baby mereka. 

Sayang ibu dan baba cepat la keluar. Semoga menjadi anak yang soleh, sihat, menghormati ibu-bapa, cerdik dan mendoakan kedua ibu bapanya. Terima kasih Allah atas rezeki yang bakal kami terima ini. 

Sesungguhnya kurniaanMu sangat indah.